NEWS

Universiti islam malaysia

KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA TAHUN 2022

Pada 29 Oktober (Sabtu) telah diadakan perlawanan dua acara sukan iaitu futsal dan bola jaring.Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat serta membina semangat kerjasama berpasukan antara pelajar disamping untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam aktiviti kesukanan.
 
Program sukan ini sepenuhnya dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi UIM bermula dari penyediaan kertas kerja, jadual pertandingan dan pengelolaan pertandingan.
 
Syabas dan tahniah kepada Kelab Sukan dan Rekreasi UIM atas pengelolaan dan penganjuran program sendiri.
 
Menang dan kalah adat pertandingan, tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang mewakili bahagian masing-masing dalam kejohanan sukan kali ini.
 
Diharapkan menerusi acara sukan ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang sihat, cergas dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi.