NEWS

DSC_2531
DSC_2512 (2)

Universiti islam malaysia

MAJLIS MAKAN MALAM IRAMA WARISAN KEBUDAYAAN

Majlis Makan Malam Sempena Malam Irama Warisan Kebudayaan telah diadakan di Kafeteria, Bangunan Khadijah, Universiti Islam Malaysia pada 6 JANUARI 2023.
 
Majlis bermula sebaik sahaja ketibaan Naib Canselor, iaitu Profesor Emerita Siti Naaishah Hambali pada jam 9.00 malam. Majlis dimulai dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian program oleh Naib Censelor dan jamuan makan malam.
 
Sementara tetamu sedang menjamu selera turut diiringi dengan persembahan hebat daripada mahasiswa/ UIM.
 
Selain itu juga, majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian anugerah kepada mahasiswa/ dan Staf UIM mengikut kategori yang dipertandingkan.
 
Tahniah kepada semua pemenang. Hadiah disampaikan oleh Naib Censelor UIM iaitu Profesor Emerita Siti Naaishah Hambali dan diiringi oleh Pemangku Pendaftar iaitu Puan Wan Nur Hasyyatie Wan Yusof.
 
Terima kasih kepada semua kakitangan dan keluarga yang hadir memeriahkan Majlis Makan Malam ini.
 
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa dan Pelajar-Pelajar Kelab Kesenian Kebudayaan yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini.
Majlis telah tamat pada jam 11.00 malam dan diakhiri dengan sesi bergambar .