NEWS

Universiti islam malaysia

LAWATAN PENILAIAN DAN VERIFIKASI DARIPADA BAHAGIAN STANDARD SWASTA KE UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi.

 

Satu Lawatan Penilaian dan Verifikasi oleh Pegawai Bahagian Standard Swasta (BSS) telah diadakan pada 20 Mac 2023 (Isnin) bertempat di Universiti Islam Malaysia Kampus Petaling Jaya.

 

Lawatan ini telah dihadiri oleh dua (2) orang Pegawai Bahagian Standard Swasta (BSS) iaitu Puan Dzaizatul Syima Binti Ab. Razak dan Cik Mawarnie Binti Ismail.

 

Pegawai BSS telah disambut oleh Prof Emerita Siti Naaishah Binti Hambali ;Naib Canselor UIM, Profesor Dato' Dr Mohd Jamil Maah Timbalan Naib Canselor UIM dan Puan Wan Nur Hassyatie Binti Wan Yusoff; Pendaftar UIM dan turut disertai oleh Encik Harith Bin Hashim Penolong Pendaftar UIM.

 

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat daripada pihak UIM yang diketuai oleh Prof Dato Jamil Maah dan diikuti dengan taklimat lawatan oleh Pegawai BSS.

 

Seterusnya, sesi lawatan diteruskan dengan sesi soal jawab dan lawatan ke premis oleh pegawai BSS.

 

Alhamdulillah, lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan baik dengan bantuan semua warga UIM.