NEWS

WhatsApp Image 2023-04-11 at 3.18.38 PM

Universiti islam malaysia

BENGKEL HALA TUJU PERKHIDMATAN BANTUAN GUAMAN BAGI KES-KES JENAYAH DI MALAYSIA

Jabatan Bantuan Guaman, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan dan Bar Council telah menganjurkan Bengkel Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman Bagi Kes-Kes Jenayah di Malaysia.
 
Sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dan berkepakaran ini diadakan di Asian International Arbitration Centre pada 11 dan 12 April, 2023 dan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas bagi menambah baik perkhidmatan bantuan guaman bagi kes jenayah supaya rakyat mendapat manfaat akses kepada keadilan yang lebih baik dan berkesan.
 
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof Emerita Siti Naaishah Binti Hambali di atas sesi libat urus tersebut dalam perkongsian bersama-sama pihak Jabatan Bantuan Guaman, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan dan Bar Council.