NEWS

Universiti islam malaysia

OPS UIM BERSAMA KOMUNITI @ TOKANG PECHAH

Ops UIM Bersama Komuniti @ Tokang Pechah. Seramai 5 orang mahasiswa UIM yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UIM Sesi 2022/2023 turut serta dalam misi sukarelawan bertempat di Pusat Mediasi Komuniti, Rukun Tetangga Tokang Pechah, Batu Pahat, Johor.
 
Mereka berkampung selama dua hari disana dengan menyertai aktiviti merewang bagi suatu majlis yang dianjurkan oleh mediator disana.
 
Pusat Mediasi Komuniti tersebut merupakan seliaan bersama antara Pusat Mediasi Universiti Islam Malaysia, Mediasi Lestari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Persatuan Mediator Komuniti Malaysia.
 
Turut hadir, YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah Binti Hambali, Naib Canselor Universiti Islam Malaysia dan En. Mohamad Hilmi Hisyamuddin Bin Mohamad Rosdi, Penolong Pendaftar Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Pelajar UIM.
 
Semoga usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu komuniti disana serta meningkatkan nilai kesukarelawanan pelajar yang menyertai misi tersebut.