NEWS

2

Universiti islam malaysia

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BADAN KEPIMPINAN PELAJAR UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

Pada 13 dan 14 Mei 2023 yang lalu, Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Pelajar dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Malaysia telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Kepimpinan Pelajar 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Khadijah, UIM.
 
Program selama dua hari tersebut telah melibatkan seramai 25 orang pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan perwakilan daripada setiap kelab di UIM.
 
Peserta telah diberikan penerangan serta pendedahan tentang pentadbiran organisasi, pengurusan program, format-format penting serta hal-hal yang berkaitan dengan pemantapan organisasi masing-masing.
 
Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat memantapkan lagi pengetahuan tentang pengurusan organisasi dalam kalangan kepimpinan pelajar UIM.