NEWS

Universiti islam malaysia

Majlis Jamuan Hari Raya Universiti Islam Malaysia

Majlis Jamuan Hari Raya Universiti Islam Malaysia | 18hb Mei 2023 bersamaan 26 Syawal 1444H
 
Universiti Islam Malaysia telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama semua Warga Universiti bertempat di Lobi Utama UIM.
 
Tetamu Kehormat UIM iaitu Canselor, Ahli Lembaga Pengarah, Profesor Adjung dan Fellow Kehormat UIM turut hadir bagi memeriahkan lagi Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan.
 
Pelbagai menu Hari Raya telah dihidang untuk dinikmati oleh semua tetamu.
 
Jamuan Hari Raya ini dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dan lagu raya oleh Pelajar UIM.
 
Selain itu, pelbagai aktiviti raya raya UIM dijalankan untuk memeriahkan suasana disamping mengeratkan lagi silaturrahim sesama tetamu yang hadir sepanjang majlis ini berlangsung.
 
Jamuan Hari Raya ini diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada tetamu yang menyertai aktiviti raya raya UIM.
Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya UIM pada kali ini.
 
Diharapkan kita akan berjumpa lagi di Majlis Jamuan Hari Raya UIM pada tahun hadapan.