NEWS

Universiti islam malaysia

Program Gotong Royong Ibadah Korban sempena Aidiladha Universiti Islam Malaysia | 05 Julai 2023 bersamaan 16 Zulhijjah 1444H

Universiti Islam Malaysia (UIM) telah menganjurkan Program Gotong Royong Ibadah Korban sempena Hari Raya AidilAdha bersama semua Warga UIM bertempat di Cafe Utama UIM.
Penasihat Program Ibadah Korban pada kali ini ialah Dr. Wan Mohammed Sallam dan Pengarah Program ialah Ustaz Muhammad Amin dan dibantu oleh AJK Program daripada kalangan staf UIM.
Program ini turut dihadiri oleh Tetamu Kehormat UIM iaitu Ahli Lembaga Pengarah UIM (Tan Sri Abdul Ghani Bin Abdul Aziz ) turut hadir bagi memeriahkan lagi Program Hari Raya Aidiladha yang telah diadakan ini. Turut memeriahkan lagi Program ini, Naib Canselor UIM iaitu Prof Emerita Siti Naaishah Hambali, Timbalan Naib Canselor iaitu Prof. Dato’ Mohd Jamil Maah dan Pendaftar UIM iaitu Puan Wan Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff turut bersama-sama staf UIM menyediakan juadah untuk Program kali ini.
Pelbagai menu masakan yang telah dimasak bersama- sama warga UIM untuk dinikmati oleh semua tetamu UIM antaranya ialah Sup daging, Daging Goreng, Asam Perut dan sebagainya.
Selain itu, tetamu daripada Pihak Masjid Kolej Islam Malaya (MKIM) turut hadir.
Selain itu, pihak UIM juga turut mengagihkan daging korban kepada penduduk Asnaf seramai 57 orang di UIM.
Program ini telah diadakan di UIM untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama tetamu yang hadir sepanjang Program ini berlangsung.
Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir pada Program Ibadah Korban UIM pada kali ini. Diharapkan kita akan berjumpa lagi di Program ini pada tahun hadapan.