NEWS

Universiti islam malaysia

LAWATAN KHAS DARIPADA INSTITUSI PERTANIAN BOGOR (IPB) ke UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA || 10 JULAI 2023 SEHINGGA 12 JULAI 2023

Lawatan khas daripada Institusi Pertanian Bogor (IPB) ke Universiti Islam Malaysia (UIM) adalah untuk tujuan mengadakan Kerjasama Akademik di antara kedua belah pihak.
 
Pihak UIM dikunjungi oleh beberapa orang pelawat iaitu Dr.Ir. Yeti Lis Purnamadewi, Dr.Ir. Dahri Tanjung, Dr. Vera Sebayang dan Asty Khairi Inayah, MS.
 
Bagi permulaan lawatan, perbincangan bertumpukan kepada sesi perkenalan dan pendedahan kepada program -program akademik di UIM kepada pelawat. Sehubungan dengan itu juga kumpuln pelawat dari IPB juga berkongsikan program- program yang terdapat di IPB kepada UIM.
 
Wakil daripada UIM yang bersama-sama dalam perbincangan ini adalah Naib Canselor UIM iaitu YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah Hambali, Timbalan Naib Canselor iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Jamil Maah dan juga Profesor Adjung iaitu YBhg. Prof. Dr Nazura Abdul Manap, Puan Wan Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff iaitu Pendaftar dan para Pensyarah UIM.
 
Pelbagai program-program dan perbincangan menarik yang diadakan bersama Pelawat yang datang seperti Taklimat bersama Ketua Kluster Program Pascasiswazah, Promosi untuk Program Pascasiswazah di UIM, Perbincangan berkenaan penyelidikan, Perbincangan berkenaan Mediasi dan seterusnya melawat Klinik Bantuan Guaman, Mediasi dan Kaunseling di UIM.
 
Pihak UIM amat mengalu-alukan kedatangan kumpulan dari Institusi Pertanian Bogor ini dan amat berterima kasih di atas kerjasama yang akan dijalankan kelak. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dengan lebih baik pada masa akan datang.