NEWS

Universiti islam malaysia

LAWATAN KHAS DARIPADA UNIVERSITAS DARMA AGUNG KE UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA l 21 SEPTEMBER 2023

Lawatan khas daripada Universitas Darma Agung ke Universiti Islam Malaysia (UIM) adalah untuk tujuan mengadakan Kerjasama Akademik di antara kedua belah pihak.

Bagi permulaan lawatan, perbincangan bertumpukan kepada sesi perkenalan dan pendedahan kepada program -program akademik di UIM kepada pelawat. Sehubungan dengan itu juga kumpuln pelawat dari UDA  juga berkongsikan program- program yang terdapat di UDA kepada UIM.

Wakil daripada UIM yang bersama-sama dalam perbincangan ini adalah Naib Canselor UIM iaitu YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah Hambali, Timbalan Naib Canselor iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Jamil Maah dan juga Profesor Adjung iaitu YBhg. Prof. Dr Nazura Abdul Manap, Puan Wan Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff iaitu Pendaftar dan para Pensyarah UIM.

Pihak UIM amat mengalu-alukan kedatangan kumpulan dari Universitas Darma Agung ini dan amat berterima kasih di atas kerjasama yang akan dijalankan kelak. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dengan lebih baik pada masa akan datang.