NEWS

Universiti islam malaysia

LAWATAN KHAS DARIPADA MEDIATION BUREAU, COUNCIL OF JUSTICES OF THE PEACE, PENANG KE UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA .

Lawatan khas daripada Mediation Bureau, Council Of Justices Of The Peace, Penang ke Universiti Islam Malaysia (UIM) adalah untuk tujuan mengadakan Kerjasama untuk pusat mediasi  antara kedua belah pihak.

 

Bagi permulaan lawatan, perbincangan bertumpukan kepada sesi perkenalan dan pendedahan pusat mediasi  UIM. Wakil daripada UIM yang bersama-sama dalam perbincangan ini adalah Naib Canselor UIM iaitu YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah. Pihak UIM amat mengalu-alukan kedatangan kumpulan Mediation Bureau, Council Of Justices Of The Peace ini dan amat berterima kasih di atas kerjasama yang akan dijalankan kelak. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dengan lebih baik pada masa akan datang.