NEWS

Universiti islam malaysia

WATIKAH PELANTILAN MPP UIM 2023/2024

06 Mac 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar UIM sesi 2023/2024 serta Penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UIM sesi 2022/2023 dan Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UIM 2023/2024.
Majlis disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah Binti Hambali, Naib Canselor Universiti Islam Malaysia.
Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar baharu yang akan diketuai oleh Saudara Muhammad Iqras Arbaie Bin Hanizam.
Ucapan sekalung penghargaan juga buat Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UIM sesi 2022/2023 dan Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus UIM sesi 2023/2024 atas khidmat cemerlang dalam menjalankan amanah masing-masing.
Turut hadir, YBrs. Puan Wan Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff, Pendaftar UIM dan YBrs. Tuan Suhaimi Bin Suratman, Bendahari UIM.