NEWS

Universiti islam malaysia

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA TAHUN 2024

Majlis telah dijalankan di kafeteria bangunan khadijah bermula dari jam 11:00 pagi sehingga 4:00 petang melibatkan jemputan dari pelajar, staf Universiti Islam Malaysia, staf Masjid Kolej Islam malaya dan beberapa Lembaga Pengelola Universiti Islam Malaysia.
 
Turut memenuhi undangan ialah YBhg. Tun Dato’ Sri Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim Canselor UIM dan isteri Toh Puan Datin Sri.
 
Antara juadah yang disediakan ialah nasi hujan panas berserta daging masak hitam dan rendang ayam , sate, char kuey teow dan mi goreng, lemang, kuih raya dan aneka minuman.