NEWS

Universiti islam malaysia

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BADAN KEPIMPINAN PELAJAR 2024

Pada 27 & 28 April 2024 yang lalu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UIM dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Malaysia serta Kelab-kelab Pelajar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi Badan Kepimpinan Pelajar 2024 bertempat di Dewan L2-19, Bangunan Khadijah, UIM.

Program selama dua hari tersebut telah melibatkan seramai 29 orang pelajar yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan perwakilan daripada setiap kelab di UIM.

Peserta telah diberikan penerangan serta pendedahan tentang pentadbiran organisasi, pengurusan program, format-format penting serta hal-hal yang berkaitan dengan pemantapan organisasi masing-masing.

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan organisasi dalam kalangan kepimpinan pelajar UIM.