NEWS

Universiti islam malaysia

Bengkel Kerjaya UIM : Selangkah ke Industri (S2I)

Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar yang akan menjalani Program Latihan Industri dan bakal tamat pengajian dari UIM tentang persediaan untuk memohon tempat latihan industri mahupun kerja mengikut kaedah yang sebenar.
 
Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 ini mempunyai dua siri yang terdiri daripada Bengkel dan Mock Interview yang diajalankan pada 10 Mei 2024 dan 15 Mei 2024 serta dahadiri oleh 35 orang bakal graduan UIM.
 
Ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Puan Wan Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff, Pendaftar UIM berkaitan dengan cara penulisan resume, curriculum vitae, cover letter dan persediaan menghadapi temuduga yang lebih efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa.
 
Semoga semua pelajar yang telah menghadiri bengkel ini dapat melengkapkan diri dengan kemahiran, teknik dan tips mencari kerja dan menghadapi temuduga supaya bakal graduan lebih berkeyakinan dan kompetitif dalam menghadapi persaingan dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian di UIM nanti