NEWS

Universiti islam malaysia

Lawatan Khas oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Universiti Islam Malaysia (UIM)

Kerjasama Akademik: Lawatan Khas oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Universiti Islam Malaysia (UIM)
 
Lawatan Khas ini adalah bertujuan untuk menjalinkan Kerjasama Akademik antara kedua-dua pihak.
 
Pada permulaan lawatan ini terdapat perbincangan yang difokuskan kepada sesi perkenalan dan penerangan berkenaan program Prasiswazah dan Pascasiswazah yang ditawarkan di UIM.
 
Wakil dari UIM yang turut hadir dalam perbincangan ini ialah Naib Canselor UIM, YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah Hambali, Puan Wan Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff selaku Pendaftar, Ketua-Ketua Kluster, Bahagian Pengurusan Akademik dan beberapa staf yang lain.
 
Wakil daripada ATM pula ialah Mej Mohamed Huzaifah Bin Mohamed Lasin, Mej Abdul Kadir Bin Usamah, Mej Mohd Shaiful Bin Shafei, Mohd Salleh Bin Sanif
 
Pihak UIM amat mengalu-alukan kedatangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut dan berharap kerjasama yang akan dijalankan berjalan dengan lancar pada masa akan datang.