NEWS

Universiti islam malaysia

Program Bubur Asyura 2024/ 1446H

Ahad | 28 Julai 2024
 
Program Bubur Asyura 2024/ 1446H
Anjuran Surau Al-Ikhlas (Jalan Kubur, Pantai Dalam, W. P. Kuala Lumpur), dengan kerjasama Kelab Kesenian dan Kebudayaan, Universiti Islam Malaysia.
 
Dalam menyambut bulan Muharam yang mulia, Surau Al-Ikhlas telah menganjurkan Program Bubur Asyura 2024 bersama mahasiswa/ siswi Universiti Islam Malaysia (UIM).
 
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Surau Al-Ikhlas, masyarakat setempat dan mahasiswa/ siswi UIM, selain memberikan pendedahan tentang tradisi Bubur Asyura yang dimasak secara bergotong-royong. Program ini melibatkan pihak AJK dan jemaah Surau, masyarakat setempat dan mahasiswa/ siswi UIM. Bubur Asyura yang dimasak telah diagihkan ke sekitar Pantai Dalam, masjid-masjid dan komuniti berdekatan.