NEWS

Universiti islam malaysia

Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) Universiti Islam Malaysia 2024

Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) Universiti Islam Malaysia 2024 diadakan julung kalinya untuk memberi penghargaan kepada mahasiswa/i yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.
 
Lebih empat puluh orang pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperikasaan akhir semester yang sebelum ini dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Kluster. Manakala, 13 anugerah khas pelajar dan badan pelajar serta satu anugerah utama turut diberikan pengikhtirafan dalam majlis ini.
 
Anugerah Tokoh Siswa UIM 2024 (Kategori Utama) telah dinobatkan kepada Saudari Arni Syafini binti Araham Shah setelah menerima Anugerah Akademik Terbaik dan Anugerah Kepimpinan Terbaik dalam majlis ini.
Majlis telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah binti Hambali, Naib Canselor UIM. Turut hadir, YBrs. Puan Wan Nur Hasyyatie binti Wan Yusoff, Pendaftar UIM, Tuan Mohd Suhaimi bin Suratman, Bendahari UIM dan Tuan Syed Zahiruddin bin Syed Musa, Penyelaras Akademik UIM.
 
UIM merakamkan ucapan tahniah buat kesemua penerima anugerah dan semoga pengikhtirafan ini memberi semangat kepada semua untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam meraih kecemerlangan akademik dan kokurikulum diri.