NEWS

Universiti islam malaysia

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Universiti Islam Malaysia09 Ogos sehingga 21 Ogos 2024 (Rabu)

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dianjurkan oleh Perpustakaan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Islam Malaysia (UIM).
 
Terdapat pelbagai aktiviti yg dijalankan sempena bulan kemerdekaan yang telah diadakan dalam kalangan Staf dan juga Mahasiswa/i UIM seperti berikut:
 
09 Ogos 2024 (Jumaat) (Pertandingan Seni Warna)
14 Ogos-2024 (Rabu) (Pertandingan Pidato : Sejauh Mana Pemerkasaan Budaya Dan Bangsa di Malaysia)
21 Ogos 2024 (Rabu) - (Pertandingan Busana Kreatif dan Majlis Penyampaian Hadiah)
 
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Emerita Siti Naaishah Hambali iaitu Naib Canselor UIM diiringi oleh Pengurusan Tertinggi UIM yang terdiri daripada Puan Wan Nur Hasyyatie Wan Yusoff, Pendaftar UIM, Tuan Mohd Suhaimi Suratman, Bendahari UIM, Dr Wan Sallam Wan Sulaiman Ketua Kluster Al Quran dan Hadith, Ketua ketua Kluster, Ketua Bahagian, pensyarah dan semua kakitangan UIM.
 
Pada tahun ini, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke – 67. Tema Hari Kemerdekaan bagi tahun 2024 ialah Malaysia Madani : Jiwa Merdeka.
 
Objektif utama Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini adalah secara simboliknya menjadi bulan yang paling meriah dengan aktiviti berbentuk perpaduan. Pada masa ini kita berpeluang untuk melihat pelbagai program yang berteraskan perpaduan yang akan dijalankan untuk memperlihatkan keharmonian kaum di negara ini.
Oleh itu, Universiti Islam Malaysia berharap agar semua warga UIM mempunyai semangat perpaduan di dalam diri masing-masing.
 
Selamat Hari Merdeka