NEWS

Universiti islam malaysia

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti Islam Malaysia

Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 17 April yang lalu, telah berlangsungnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti Islam Malaysia dalam suasana penuh meriah dan harmoni 🤍
 
Majlis ini bukan sahaja menjadi medan untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, malah mengeratkan lagi ukhuwah antara warga universiti—pensyarah, dan staff 🤝
 
Semoga semangat Syawal ini terus menyatukan hati kita semua dalam suasana penuh kasih sayang, saling menghormati dan memaafkan 💫
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini 🙌
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin 🌙