Pada 18 September lalu, telah berlangsungnya Sambutan Hari Malaysia 2026 bertempat di Universiti Islam Malaysia (UIM) yang disambut dengan penuh semangat patriotik dan muhibah!
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Jamil Maah, Naib Canselor Universiti Islam Malaysia.
Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah memeriahkan suasana, antaranya:
Sukan Tradisional & Sukan Rakyat
Kuiz Patriotik & Teka Lagu
Kerusi Lagu Patriotik
Sesi Bergambar Kenangan &
Penyampaian Hadiah
Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UIM — para pensyarah, kakitangan serta mahasiswa/i yang hadir memeriahkan program ini. Semoga semangat perpaduan dan rasa cinta akan tanah air terus subur dalam diri kita semua!