NEWS

Universiti islam malaysia

LAWATAN AUDIT PEMATUHAN KPT

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi.

 

Satu Lawatan Audit Pematuhan KPT telah diadakan pada 5 April 2023 (Rabu) bertempat di Universiti Islam Malaysia Kampus Petaling Jaya.

 

Lawatan ini telah dihadiri oleh 3 orang Pegawai Bahagian KPT iaitu En. Zainorhisyam bin Mohammad Nor, En. Muhammad Ariff bin  Abdullah@Abdul dan En. Mohd Khairul Aqram bin Mohd Zawani

 

Pegawai KPT telah disambut oleh Prof Emerita Siti Naaishah Binti Hambali ;Naib Canselor UIM, Profesor Dato' Dr Mohd Jamil Maah Timbalan Naib Canselor UIM dan Puan Wan Nur Hassyatie Binti Wan Yusoff; Pendaftar UIM dan turut disertai oleh Encik Harith Bin Hashim Penolong Pendaftar UIM.

 

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat daripada pihak UIM yang diketuai olehProf Emerita Siti Naaishah Binti Hambali dan diikuti dengan taklimat lawatan oleh Pegawai KPT

 

Seterusnya, sesi lawatan diteruskan dengan sesi soal jawab dan lawatan ke premis oleh pegawai KPT.

 

Alhamdulillah, lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan baik dengan bantuan semua warga UIM.