KHIDMAT NASIHAT GUAMAN PERCUMA
APA ITU NASIHAT GUAMAN ?
Nasihat guaman merupakan nasihat yang diberikan secara lisan di dalam semua soal undang-undang di Malaysia. Ia tidak termasuk representasi di mahkamah.
KENAPA ANDA PERLU MENDAPAT KHIDMAT KAMI?
- Pakar Yang Berpengalaman
Kami mempunyai peguam yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memberi nasihat secara profesional.
- Khidmat Percuma
Kami menawarkan khidmat nasihat guaman secara percuma.
- Lokasi
Lokasi kami adalah mudah diakses serta mempunyai kemudahan dan persekitaran yang selesa.
- Kerahsiaan
Semua maklumat sepanjang sesi khidmat nasihat guaman adalah dirahsiakan.
- Integriti
Kami menawarkan khidmat nasihat guaman dengan jujur dan tidak berat sebelah.
- Hak laluan kepada keadilan
Memastikan anda mendapat hak laluan kepada keadilan tanpa mengira ras dan agama.
KES-KES YANG KAMI TERIMA
Kami menerima kedua-dua kes-kes syariah dan sivil seperti berikut:
- Hubungan kekeluargaan
- Hubungan Kejiranan
- Tuan rumah dan Penyewa
- Harta Pusaka
- Penceraian
- Nafkah
- Hak Penjagaan Anak
- Harta Sepencarian
- Sewa Beli
- Peminjaman Wang dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
PANEL PENASIHAT GUAMAN
Prof Emerita Siti Naaishah Hambali
Prof Dr Nazura Abdul Manap
Prof Dr Muhammad Rizal Razman
Prof Ts Dr Kai Ern
Dr Asmah Hakimah Ab Halim