KHIDMAT MEDIASI PERCUMA
APA ITU MEDIASI ?
Mediasi adalah satu mekanisma yang digunakan untuk menyelesaikan satu pertikaian dikalangan pihak-pihak oleh seorang pihak ketiga yang dikenali sebagai mediator yang berkecuali , bertindak secara aktif untuk memudahkan pihak –pihak mencari penyelesaian secara adil dan saksama.
- Penjimatan Masa
Penyelesaian pertikaian melalui proses mediasi mengambil masa yang singkat berbanding dengan proses litigasi di mahkamah.
- Khidmat Percuma
Khidmat mediasi yang diberikan adalah percuma.
- Kerahsiaan Terjamin
Mediasi merupakan satu proses tertutup berbanding dengan proses terbuka di mahkamah. Hanya pihak-pihak yang terlibat dibenarkan hadir.
Proses mediasi bersifat tidak formal yang memudahkan pihak-pihak berkomunikasi tanpa tekanan dan stress.
- Tidak Formal
Proses mediasi bersifat tidak formal yang memudahkan pihak-pihak berkomunikasi tanpa tekanan dan stress.
- Sukarela
Mediasi merupakan satu proses sukarela di mana tiada paksaan untuk pihak-pihak menjalankan mediasi.
- Menang-Menang
Penyelesaian pertikaian adalah mengikut persetujuan pihak-pihak kerana mediator tidak membuat keputusan bagi pihak-pihak sebaliknya berperanan sebagai pemudahcara untuk pihak-pihak mencapai penyelesaian.
- Berkecuali
Mediator adalah berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak didalam proses mediasi. Proses ini menjamin pihak-pihak mendapat keadilan.
Segala fakta dan keterangan semasa proses mediasi tidak boleh digunakan di mahkamah.
KENAPA PERLU BERMEDIASI ?
PERANAN MEDIATOR
- Pemudahcara untuk pihak-pihak berkomunikasi.
- Menenangkan ketegangan antara pihak-pihak secara professional.
- Mediator tidak membuat keputusan tetapi membantu pihak-pihak menjana pilihan-pilihan penyelesaian dan dalam masa yang sama membimbing pihak-pihak ke arah mencapai penyelesaian.
- Membantu pihak-pihak memahami dan fokus terhadap isu-isu penting yang memerlukan penyelesaian dan kesepakatan.
KES-KES YANG KAMI TERIMA
- Hubungan kekeluargaan
- Hubungan Kejiranan
- Tuan rumah dan Penyewa
- Harta Pusaka
- Penceraian
- Nafkah
- Hak Penjagaan Anak
- Harta Sepencarian
- Sewa Beli
- Peminjaman Wang dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
AHLI PANEL MEDIASI
Prof Emerita Siti Naaishah Hambali
Prof Dr Nazura Abdul Manap
Prof Dr Muhammad Rizal Razman
Prof Dr Kai Ern
Dr Asmah Hakimah Ab Halim
Ms Dr Siti Muyassara Rusli
Ast. Prof Dr Muhammad Farhan Rusli
Prof Dato Mazlin Mohktar
Puan Fadlilawati Masran