KHIDMAT KAUNSELING UIM
APA ITU KAUNSELING ?
Kaunseling satu proses menolong klien memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.
Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling?
Perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Khidmat kaunseling individu, kelompok, kerjaya dan keluarga.
- Khidmat nasihat dan bimbingan.
Adakah saya perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Klinik Bantuan Mediasi dan Kaunseling ini?
Tidak, perkhidmatan percuma.
Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling?
Semua ahli komuniti yang memerlukan.
Apakah kelayakan Kaunselor di Klinik Bantuan Mediasi dan Kaunseling?
Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau setaraf denganya dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING YANG DISEDIAKAN
- Kaunseling Individu - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka diantara seorang kaunselor dengan seorang klien.
- Kaunseling Kelompok - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang kaunselor atau lebih dengan beberapa orang klien.
- Kaunseling Perkahwinan - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri.
- Kaunseling Keluarga - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang kaunselor atau lebih dengan klien bersama ahli keluarga klien.
- Ujian Penaksiran Psikologi - kaedah pengukuran untuk melihat dan mengenalpasti ciri-ciri psikologikal seperti ciri-ciri personaliti, kompetensi, konsep kendiri, tahap stress, kemurungan, komunikasi dan lain-lain.
OBJEKTIF
- Membimbing klien serta keluarga ke arah menerima keadaan mereka seadanya dari aspek emosi;
- Membimbing klien serta keluarganya ke arah celik akal;
- Membantu klien serta keluarganya membina strategi daya tindak mengikut kemampuan masing-masing dan berusaha mengubah tingkah laku yang lebih positif.