Antara kawasan yang dibawa adalah Muzium dan Galeri Masa Depan IPB. Di muzium ini, para pengunjung dapat melihat sejarah terbentuknya Universiti IPB. Universiti IPB merupakan institusi pendidikan tinggi dalam bidang pertanian yang pada asalnya merupakan hasil penggabungan institusi pendidikan menengah dan tinggi dalam bidang pertanian dan veterinar yang bermula pada awal abad ke-20 di Bogor.
Selain itu, Delegasi UIM dibawa ke Taman Pertanian dan Teknologi (ATP) IPB yang memperlihatkan pelbagai kemudahan yang dimiliki oleh mereka, termasuk rumah hijau untuk penanaman tanaman serta pembernihan anak ikan dan diberikan penerangan untuk memahami pelbagai kaedah moden dalam bidang pertanian dan penanaman tanaman.
Perjalanan ini mengingatkan delegasi akan kepentingan pendidikan, penyelidikan, dan kerjasama dalam membentuk masa depan yang lebih cerah. Disamping itu, lawatan kampus ini juga dapat membuka serta melahirkan lagi idea untuk memastikan UIM terus membangun dan mewujudkan suasana yang mampu memberikan keselesaan kepada warga kampusnya.