NEWS

Universiti islam malaysia

LAWATAN UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA KE UNIVERSITAS IBNU KHALDUN BOGOR (UIKA) || 22 OGOS 2023 – MESYUARAT KHAS UIM - UIKA

Lawatan Khas ke Universitas Ibnu Khaldun Bogor, Indonesia adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa yang jitu diantara kedua-dua Institusi Pengajian Tinggi.
 
Sesi perbincangan dan perkongsian antara kedua-dua pihak berjalan dengan lancar, di mana pelbagai idea segar telah dikongsi untuk memastikan kerjasama yang lebih kukuh dan berterusan dapat dicapai.
 
Delegasi UIM diketuai oleh YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah Binti Hambali, Naib Canselor UIM. Turut hadir bersama-sama dalam lawatan ini adalah YBhg. Prof. Nazura Binti Abdul Manap, Professor Adjung UIM, YBrs. Puan Wan Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff, Pendaftar UIM, YBrs. Tuan Mohd Harith Bin Hashim, Ketua Bahagian Pengurusan Akademik dan Jaminan Kualiti serta YBrs. Tuan Mohamad Hilmi Hisyamuddin Bin Mohamad Rosdi, Ketua Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Pelajar.
 
Delegasi UIM disambut baik oleh Delegasi UIKA yang diketuai oleh Prof. Dr. H.E. Mujahidin, Rektor UIKA, serta Ketua-ketua Jabatan dan Wakil-wakil Khas daripada UIKA. Sesi mesyuarat juga dihadiri oleh wakil daripada CARE IPB.
 
Pihak UIM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UIKA atas sambutan yang hangat, dan kerjasama yang luar biasa sepanjang tempoh ini perbincangan ini dijalankan. Dengan penuh harapan, kami yakin bahawa hubungan kerjasama yang telah terjalin ini akan terus berkembang dan memperkukuhkan diri pada masa yang akan datang.