NEWS

Universiti islam malaysia

MESYUARAT KHAS BERSAMA DAKARA GROUP || 22 OGOS 2023

Mesyuarat bersama Dakara Group adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan antarabangsa yang jitu diantara kedua-dua pihak. Perbincangan bertumpukan kepada sesi perkenalan dan pendedahan kepada program-program akademik yang ditawarkan oleh UIM.
 
Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan cadangan serta idea untuk memantapkan kerjasama dalam pembangunan pengajian tinggi.
 
Sesi perbincangan dan perkongsian bersama Delegasi Dakara Group yang diketuai oleh Dr. Ir. Kiman Siregar, Pengerusi Dakara Group serta kakitangannya. berjalan dengan lancar, di mana pelbagai idea segar telah dikongsi untuk memastikan kerjasama yang lebih kukuh dan berterusan dapat dicapai.
 
Delegasi UIM diketuai oleh YBrs. Puan Wan Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff, Pendaftar UIM. Turut hadir bersama-sama dalam lawatan ini adalah YBrs. Tuan Mohd Harith Bin Hashim, Ketua Bahagian Pengurusan Akademik dan Jaminan Kualiti serta YBrs. Tuan Mohamad Hilmi Hisyamuddin Bin Mohamad Rosdi, Ketua Bahagian Perkhidmatan Hal Ehwal Pelajar.
 
Pihak UIM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Dakara Group atas kesudian berkaloberasi serta semangat yang luar biasa sepanjang tempoh ini perbincangan ini dijalankan. Dengan penuh harapan, kami yakin bahawa hubungan kerjasama yang telah terjalin ini akan terus berkembang dan memperkukuhkan diri pada masa yang akan datang.