NEWS

Universiti islam malaysia

Lawatan daripada Pondok Pesantren Modern Zamzam Muhammadiyah Cilongok,

Lawatan ini telah diadakan pada hari Khamis 2 Mei 2024 dan dihadiri oleh 54 orang pelajar dan 5 orang guru pendamping. Tujuan Lawatan ini adalah untuk mengeratkan kerjasama akademik dan memberikan pendedahan serta input yang lebih mendalam tentang program yang ditawarkan oleh UIM.
 
Selain itu juga, pelajar2 dan guru-guru daripada Pondok Pesantren ini dibawa melawat kawasan sekitar UIM terutamanya perpustakaan UIM yang dilengkapi dengan bahan-bahan ilmiah yang pelbagai.
 
Wakil dari UIM yang turut serta dalam lawatan ini adalah terdiri daripada Naib Canselor UIM, YBhg. Prof. Emerita Siti Naaishah, Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, Ketua-ketua Kluster, Pensyarah dan Staf Pentadbiran.
 
Pihak UIM sangat berharap agar lawatan ini akan membawa kejayaan yang berterusan terhadap kerjasama akademik yang akan dijalankan pada masa akan datang.