NEWS

Universiti islam malaysia

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan Kerjasama Taman Botani Negara Shah Alam

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan Kerjasama Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) bertujuan untuk memperkukuh semangat kemasyarakatan dan keharmonian di kalangan para pelajar, dengan tujuan meningkatkan kesedaran mengenai hubungan dan peranan sosial para mahasiswa dan mahasiswi.

 

Selain itu, program kokurikulum ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang kepada masyarakat melalui projek-projek sukarela dan inisiatif lain, yang membantu membangunkan kesedaran sosial dan tanggungjawab sosial di kalangan mereka.

 

Pelaksanaan program ini selari dengan konsep insan dan pembangunan sahsiah diri, yang melibatkan pembangunan kemahiran seperti kesabaran, keterampilan berkomunikasi, kerjasama, dan kreativiti. Konsep ini turut membantu membentuk serta mengukuhkan identiti individu dalam konteks falsafah pendidikan.

 

Kami dari UIM ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak TBNSA atas sumbangan yang amat berharga ini.