Pertandingan Pidato Sempena Program Bulan Kemerdekaan
14 Ogos 2024
Pihak Perpustakaan dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Malaysia menganjurkan pertandingan pidato sempena Program Bulan Kemerdekaan dengan tema pidato ‘Pemerkasaan Budaya dan Bangsa di Malaysia’.
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan para peserta mengupas dan membincangkan sejauh mana budaya dan bangsa dapat diperkasakan di negara kita.