NEWS

Universiti islam malaysia

Laluan kerjaya bersama para pelajar di Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab (STAY Alkitab)

Pada 30 Julai 2026 (Khamis), Universiti Islam Malaysia (UIM) telah berpeluang berkongsi tentang peluang sambung belajar, kehidupan kampus dan laluan kerjaya bersama para pelajar di Sekolah Tahfiz Anak Yatim Alkitab (STAY Alkitab).
Alhamdulillah, kami berasa gembira dapat bertemu serta berkongsi bersama para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian, kehidupan di kampus, laluan kerjaya, dan kelebihan menyambung pengajian di UIM. 📚🎓
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak STAY Alkitab atas jemputan serta layanan yang mesra sepanjang program berlangsung.
Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan membantu para pelajar merancang masa depan serta membuat pilihan pendidikan yang terbaik. Insya-Allah, semoga bertemu lagi pada masa akan datang.