NEWS

Universiti islam malaysia

Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi : Maahad Tahfiz Nurid Al-Ilmi

Universiti Islam Malaysia (UIM) berbesar hati berpeluang untuk berkongsi bersama para pelajar Maahad Tahfiz Nurid Al-Ilmi mengenai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, pengalaman kehidupan kampus serta hala tuju dan peluang kerjaya. 📚🎓
Alhamdulillah, sesi perkongsian ini memberikan ruang kepada para pelajar untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang peluang pendidikan yang ditawarkan di UIM, kelebihan menyambung pengajian serta persediaan dalam merancang masa depan akademik dan kerjaya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Maahad Tahfiz Nurid Al-Ilmi atas jemputan serta layanan mesra sepanjang program berlangsung.
Semoga perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat, inspirasi dan motivasi kepada para pelajar untuk terus melangkah ke hadapan dalam mencapai cita-cita dan membina masa depan yang lebih cemerlang.
Insya-Allah, semoga bertemu lagi pada masa akan datang.