KLINIK MEDIASI
PROF. EMERITA SITI NAAISHAH HAMBALI
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, Universiti Islam Malaysia (UIM) berjaya menubuhkan satu Klinik Bantuan Guaman, Mediasi dan Kaunseling yang lengkap dengan pasarana bertempat di Seksyen 16, Petaling Jaya. Klinik ini dipelopori oleh Naib Canselor Universiti Islam Malaysia dan berjaya ditubuhkan pada Jun 2022. Klinik ini dibuka bertujuan untuk memenuhi tanggungjawab sosial UIM kepada masyarakat setempat.
Bantuan khidmat guaman yang ditawarkan dikendalikan oleh pengamal undang-undang berkelayakan secara pro bono. Apabila terdapat kes yang perlu dibawa ke mahkamah, maka klinik ini akan memanjangkannya ke Jabatan Bantuan Guaman Malaysia atau Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang akan mewakili klien tertakluk kepada terma dan syarat institusi tersebut.
Seterusnya, bantuan khidmat mediasi di klinik ini melibatkan mediator-mediator bertauliah dalam kalangan pengamal undang-undang termasuk pensyarah dan bekas hakim mahkamah. Perkhidmatan ini membantu dalam menyelesaikan konflik antara pihak-pihak secara harmoni, cepat dan percuma.
Selain itu, klinik ini turut menawarkan bantuan khidmat kaunseling yang dikendalikan oleh kaunselor bertauliah. Sesi kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunselor.
Adalah besar harapan UIM agar masyarakat sekitar boleh menggunakan khidmat bantuan guaman, mediasi dan kaunseling ini secara sebenuhnya, dan dengan ini dapat membantu anggota masyarakat dalam menghadapi dan menyelesaikan cabaran hidup mereka dengan cara yang lebih positif.
KHIDMAT MEDIASI
Pusat Mediasi UIM memberikan khidmat mediasi pecuma untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi termasuk komuniti dan keluarga oleh mediator yang terdiri daripada mereka yang berkelayakan, profesional dan berpengetahuan luas.
PUSAT BANTUAN GUAMAN
Pusat Bantuan Guaman UIM merupakan perkhidmatan khidmat nasihat guaman yang diberikan secara percuma kepada yang memerlukan oleh peguam-peguam yang berkelayakan dengan kepakaran kepakaran masing-masing.
KHIDMAT KAUNSELING UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA
Kaunseling UIM merupakan perkhidmatan kaunseling percuma kepada komuniti bagi memudahkan seseorang individu dalam membuat keputusan dan merancang proses tingkah laku, perasaan dan pemikiran bagi mengoptimumkan kesejahteraan diri.
Perkhidmatan Kaunseling ini berlandaskan prinsip-prinsip psikologi serta mengikut kod etika kaunselor yang dilaksanakan oleh kaunselor yang bertauliah dan berpengalaman.
AHLI PANEL KLINIK MEDIASI
Prof Emerita Siti Naaishah Hambali
Vice Chancellor Universiti Islam Malaysia
Prof Ts Dr Lee Khai Ern
Head of Science and Governance Research Center (SGK), Environment and Development Institute (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ast. Prof Dr Muhammad Farhan Rusli
Medical And Health, Medical And Health Sciences, Biomedical Sciences and Other Biomedical Sciences n.e.c. (IIUM)
Prof Dr Nazura Abdul Manap
Lecturer Center For International Legal Study & Broadcasting (Cilas), Universiti Kebangsaan Malaysia. (UKM)
Dr Asmah Hakimah Ab Halim
Lecturer at the Faculty of Law, Universiti Kebangsaan Malaysia. (UKM)
Prof Dato Mazlin Mohktar
Professor of Environmental Chemistry at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Siti Nur Izzati Saiful Anuar
Reseach Universiti Islam Malaysia
Prof Dr Muhammad Rizal Razman
Professor in the field of Law and Environmental Management at the Institute of Environment and Development (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ms Dr Siti Muyassara Rusli
Consultant, Plastic, Reconstructive ad Aesthetic Surgery
Fadlilawati Masran
Mediation Programme Department of Unity and National Integration
WAKTU BEROPERASI
Setiap Selasa 10 Pagi – 3 Petang
Kecuali Cuti Umun
Telefon:
+603-79324477
Alamat: No.26, Jalan 16/7, Seksyen 16,46530 Petaling Jaya,Selangor
Email: klinikbantuan@uim.edu.my
Untuk Daftar Temu Janji Boleh Scan qr kod atau Kilk link tersebut